Friday 24 August 2012

A week before holiday


In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.

Hari ni aku dah nak balik ke sekolah yang TERsayang, KUPSiS. Uuuu, banyak sangat benda yang terjadi, banyak sangat benda yang aku nak cerita, disebabkan tak ada masa dan aku malas, semua tu terkubur macam tu je -,- btw, aku just nak cerita pasal minggu lepas, one week before cuti raya.

Ahad 12082012
Assembly hari tu dekat School Piazza ada perasmian Sambutan Kemerdekaan. Aku tak terlibat apa pun. Lepas principal dah rasmi semua, bila pengerusi majlis cakap, boleh masuk kelas, suddenly, cikgu apa tah cakap, kena gathered balik kat School Piazza sebab ada Cikgu Hatyaiwittayalai 2 School, Thailand, nak tengok perasmian. luls~bila dah sampai, kena dengar ucapan principal balik. Then, panggil wakil sekolah tu, bagi Ucapan. Dia cakap, Sawadekrabb. Pastu, speaking lah english. But then, orang tak faham, because cara dia cakap english tu macam lain sikit. Buat-buat dengar sudaa ==' Malam, after prep, ambik moreh semua, masuk hostel, orang cakap, AIR tak ada. Semua macam, alahhh. Aku pun sama je la. 


Isnin 13082012
Pagi-pagi buta around 4.30. bedmate aku gerak cakap air tak ada lagi, dia ajak aku mandi siap-siap kat sekolah. Aku ;

"Awai lagi kotttt."

Nak taknak, kena jugak, nanti ramai orang, aku yang lambat -,- Rasanya, pagi tu aku mandi dekat toilet laki dekat makmal. Aku kira apa, redah je aa. Lepas mandi semua, apa lagi, DM menunggu, sahur lahh. After sahur, naik dorm, sembang-sembang kejap, then, tido balik -..- tak dak makna aku mandi awal. hampeh ~

Hari ni Exam Bahasa Arab Trial SBP punyaa. ambik hangg. Ustazah tanya nak buat exam kat bilik mesyuarat ka. Of coz laa, kami cakap nakk. Wuuu~ sapa tak nakk kann. Hari ni trial Arab lisan. Aku harap aku boleh excel yang ni. Tengah hari, after solat Zohor, ada tadarus Al-Quran. Aku tak pi, escape. Bersebab kott. Aku escape sebab aku masuk pertandingan buat kad raya. Aku, Pa'ain , Run masuk. Aku macam tak buat apa sangat. Dengan aku tak kreatif en. Jiran sebelah time buat kad raya, asyik menghendap apa yang kami buat. ishishish. Petang, habis buat kad raya around 5 petang, nak masuk asrama, tengok ada dah yang keluar ke sekolah untuk mandi. Tengah berjalan dengan tenang, sedang menerima hakikat bahawa air tak ada lagi. Orang cakap;
" Air dan Elektrik tak dak"

Aku;
"Untunglaa, dua-dua tak ada. Memang best pun kan.'

Masuk DM ambil nasi, haish, nasib baik la, makan hidang. Kalau takk beratur la dalam gelap. Tetiba Cikgu Talib, our Hem datang with his car. Dia parking kereta dengan lampu kereta depan menyala depan pintu DM. Uuu, time tu dalam pukul 7.15 malam kott. Then, cikgu ambik kereta cikgu Aida and Cikgu Wani parking depan Dm sambil lampu kereta menyala. Okay, aku ingat buat apa, rupa-rupanya, cikgu buat macam tu, sebab tak bagi kami semua makan dalam gelap. Sayang Cikgu, Terima Kasih Cikgu. Dalam DM pakcik Dm pasang lilin kat setiap meja. Malam tu,

 Iftar Candle Car Light Dinner.

Lepas maghrib, cikgu Talib bagi sedikit ucapan. Cakap kalau tak ada elektrik sampai esok, esok pi sekolah pakai baju oren dengan track atau slack. Semua macam "Yiippieee!'. Terawih semua siap dekat surau, balik asrama, sampai dorm, dengan tak ada sources light langsung, aku dan bedmate aku terlena dalam keadaan gelap yang teramat. Around 10.30 malam elektrik ada, bedmate aku terjaga, aku tak. Dia iron baju sekolah dia, dan dia juga iron baju sekolah aku. Budi seorang kawan. Thanks, bedmate <3

Selasa 14082012
Pagi, pergi sahur dulu, baru mandi. Pergi sahur dengan muka bangun tido. LOL.That day, exam Arab yang bertulis dan pendengaran. Bertulis memang aku rasa tak boleh score, pendengaran macam okayy la. Overall, aku harap, lulus and dapat gred elok. Hari ni ada Majlis Berbuka Puasa atau Iftar Jama'ie .____. Petang lepas mandi semua, prefect percubaan kena gathered kat DM sebab kena tolong orang DM serve makanan. Iftar malam tu, makan special punya, lauk ayam, udang, daging, sayur, sate sorang 10 cucuk. Paling best aiskrim Cornetto kot. apa entah yang jenis walls tu. Lepas iftar HEM cakap esok boleh pakai baju oren terus dengan slack, sebab dia tau yang ramai tak basuh baju sebab tak ada air. muehehe, nasib faham. Malam, tak ada prep sebab kena kemas asrama. Esok nak balik, wee~

Rabu 15082012
As usual, macam dah jadi rutin harian, bangun awal, sahur, then mandi. Aku rasa sepanjang air tak ada ni, aku banyak mandi kat toilet laki sebab budak perempuan selalu serbu toilet perempuan dulu. Tu pun kat toilet laki ramai budak perempuan. Laki mandi lambat. Perempuan suka mandi awal. So, redah toilet laki la jawabnya. Today ada Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan .______. BADAR form4 handle dibantu oleh badar form lain dan BUDAIR. Gimik penutupan stylee. Ada video yang Badar form4 buat video raya rasanya. Video salam perantauan from alumni. Cabutan bertuah kepada yang bertuah. Video program sepanjang bulan puasa. Geng nasyid form4 nyanyi lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda, geng marhaban bermarhaban. Tahniah geng marhaban dapat lawan marhaban dekat Dataran Merdeka tu sampai separuh akhir, nasyid sampai suku akhir ja. Penyampaian zakat, salam lebaran. Semua habis, boleh balikk, yayy ! aku rasa ni lah, Penutupan Ihya' Ramadhan yang best, superb, tahniah BADAR form4 ^-^


Gambar tak dak, sebab aku tak bawak camera. Uuu, sepanjang puasa tahun ni, aku sempat buat Qiammullail sekali ja. Al-Quran tahun ni aku baca tak sempat habis, sikit sangat aku baca. Ramadhan kali ni sungguh bermakna. Alhamdulillah. Semoga kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan akan datang .____.

Sebagai penutup;





Wednesday 22 August 2012

Journal oh journal

Disebabkan aku keblank-ngan nak buat journal tu, aku pun call lah bedmate aku ;

Ifah : Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam, ifahh. Ada no. Pa'ain dak?
Ifah : Ada kott.
Aku : Ada? Nanti mesejkan aku no diaa.

Then, bila dah dapat no si Pa'ain tu, ada dua no. 1 no tu memang tak pakai la kot. So, aku call no yang lagi satu. But, no one answered. pastu, tetiba mesej masuk ;

Pa'ain : Salam, boleh bagi tau no sapa ni?
Aku : Err, ni Farhain eh?
Pa'ain : Ooo, kawan farhain ke ni. Dia masih beradu semalam jadi guard.
Aku : Err, ni mak dia ke?
Pa'ain : Ye
Aku : Erm, makcik, nanti pesan dia, cakap kawan dia cari.
Pa'ain : Okay.

Bertuah punya kawan, dah pukul 12 tengah hari, tak bangun lagii -,- haish apa nak jadi budak ni.




Friday 17 August 2012


Uuuuu. Aku dah balik bersama-sama dengan gigitan charlie =='
Bedmate aku pun kena. Kesian kami. Sobsob )': *alia. orang lain pun kena okayy. takpayah nak buat terokk sangat.

Dear charlie, I know you gonna miss me and my bedmate. So that's whylah you gave us your lovely bite =='