Tuesday 25 December 2012

Jamuan 4R

Assalamualaikum.

Disebabkan kelmarin aku update pasal 4 Rajin, jadi dah kebetulan aku pun rajin nak menaip, maka aku akan cerita serba sedikit pasal jamuan yang unexpected ni haa, wuwuuuu *-* Actually, kelas aku nak jugak la buat lawatan bagai, nak pergi Langkawi Geopark semua, memang dah rancang habis ah, siap dah dapat discount for the boat ohh. Malangnya, di saat akhir we have to cancel. Sebab? ada sebab tertentu yang takdapat dielakkan.

So, ada jugak cadangan nak buat jamuan dekat luar, but then, bila usha balik jadual penggunaan bas. Full! time hujung tahun ni la yang banyak event tu lah inilah. haishh -_- semua dah macam putus asa dah nak buat jamuan. 2 days before the school session end, malam time prep sir datang sekolah for jamuan kelas mana tah. Then, dia cakap dekat boys kata nak buat jamuan esok, makan KFC ja lah. Bila boys dah sebar dekat satu kelas semua macamm "Wahhhhh! Sir nak buattt jamuann, yeayyyy!". Esok, tu kemas kelas blablabla, kena letak barang kat luar semua,


rasanya lepas letak barang tu, result overall batch dah dapat. Semua nak tngok kan dapat apa. Dapat slip bagai. Lepas tu dapat list kelas for nextyear. Dah sir cakap tak boleh stay dalam kelas, so, berkeliaran la kami semua ni kat luar kelas, and main game ni ;
Me with farhain 
aku pun taktau nama apa game ni ,yang sure sikit2 kena tampar dengan lawan, takpun aku yang tampar. For sure, farhain kalau dah boleh tampar orang tu kann, sakit ohh. ganas gilaaaaaa -,-
Bila dah boring, semua masuk balik kelas, kebetulan sir cakap nak pi beli KFC. Dapat handout for holiday, kecoh ja semuaa. Tunggu punya tunggu, sir tak balik lagi pun. Usha dekat bilik guru takdak pun. Last2, semua pergi lab chem, and sir dah sampai dengan bungkusan KFC. Wuuuuuuu~
 muka excited nak makan KFC. Zzzz =,=

Dah masuk lab, sebelum makan, sir cakap, lapik guna newspaper dulu. Jangan buang sampah, jangan basuh tangan dekat singki meja tuu and else. Then, ada ucapan sikit, from Sir Viki. Ayat dia "kelas kamu je saya bagi makan dalam lab ni, kalau kelas lain saya tak bagi". Aku, cakap dekat thirah " terharu weh". Dia pun sama terharu jugakk. Dalam ucapan tu ada la puji budak 4R, bagi semangat for SPM next year. Wuwuuuu, pastu, sir beredar, ke bilik guru sebab ada jamuan guru pulak kat sana. Tunggu apa lagi makan laaa.

Lepas tu, saja-saja satu kelas jemput Class Monitor, Syafiq Aizat a.k.a Shinee untuk bagi ucapan ;

Then, ucapan Penolong yang sportiiiiiiiiiing, Ainin Aida ;

Jemputan khas, Amirullah a.k.a State, freshie, from Johor, nak pindah kot tu yang dapat jemputan khas ;
haaa, yang ni kan dalam speech dia, dia ada mention nama akuu, dia cakap "Aku minta maaf kat kau Alia, sebab pangkah kau dekat TATAR hari tuu". Zzzz, lawakkk okay lawakk. 

Lastly, Akmal Afiq a.k.a Korok ;

Tu jaa, lepas makan kemas semua, balik kelass, Weeee~ best ohh jamuan. The End.


mereka sangat gembira. 







Double Rajin


Assalamualaikum.
Wuwuuuuuuuuwu~ lama tak update. mesti ada yang tunggu aku update kann kannnn. Zzzz -,- boooo Aliaaaaaa boo, bajet blog kau wanted sangat ah. Perasan :P Okayy, aku kesah apa, sebab aku tau ada yang akan baca. lulzzz. Almost one month, eh bukan dah sebulan dah pon aku tak update, so nowww, aku nak update pasal kelas this year, 4 Raaaaaaaaaajin and InsyaAllah bakal kelas aku next year,  5 Raaaaaaaaajin.

Here we gooooooooooooooooooo.

#4Rajin
Kelas yang sangat meriahh, sangatttt, jangan pertikai, sebab bagi aku sangat happening stay kelas ni. Semua satu kelas ada 33 orang, girls ada 25, boys ada 8, cool tak? mwehehe. Guru tingkatan kelas aku, Sir Vikiiiiiiiiiiiiiiiiiii, dan beliau jugaklah yang mengajar kami Chemistry. Seriously, aku tak memain, best gila ohh belajar chem dengan dia. Percaya atau tak, aku tak pernah tidur dalam kelas dia, wuhuuuuu~ paling penting tak pernah kena sign list yang untuk siapa yang tak siapkan homework. *Give a big applause for me please
-_- krikk krikkk.

Sir Viki, everyday akan datang kat kelas untuk check kelas dia ni ha, sebab dia tau budak kelas aku semua nak kena arah, baru nak jalan kan -_- terutamanya buang sampah, memang kena la kan, sampai satu tahap tu dia cakap time rehat jangan makan dalam kelas dah, sebab sampah bertimbun pastu tak reti buang kann. Tapi budak kelas aku makan slumber jugak termasuk aku, selalunya puak-puak yang malas nak pi kantin yang jauh sebatu tu la yang makan tuu, beli chicken floss dekat koop. Wooo~ tak pun yang jenis bawak mug, pastu bawak bubur bagai.

Okay, aku dah keblankngan idea nak tuliss. Zzzz, so tngok la picture yang ado ni haaa.



 gambar ada banyak lagi, beratus. Later aku rajin aku upload.

#5RAJIN *insyaAllah

Aku taktau nak cakap apa, but aku bersyukur sebab boleh masuk 5 Rajin.  Yang dapat kelas lain tak bermakna, tak boleh berjaya. Kita boleh je berjaya kalau ada usaha, even kelas depan pun, kalau tak usaha pun tak dak guna jugak. Btw, sama-samalah kita strive together one batch untuk dpat straight A+ SPM 2013 *-* tu je kott, aku pun macam dah malas nak menaip.


 Tahniah yang dapat kelas first.

classmate aku nextyear :)

#picture credit to Firdaus Azmi.

Sunday 25 November 2012

Deskmate

Assalamualaikum.

Lama der tak update, malas. Itu keyword aku tak update. Dah 2 minggu cuti, pasal sekolah aku tak update lagi, lantaklah, kalau rtajin aku update. And now, dah alang-alang, aku teringat dekat deskie aku yang terSAYANG ^-^ aku nak cerita sikit pasal deskie aku ni.



Here we goooo~ nama diaa, NURUL FARHAIN BT AZIZAN. Satu rumah, satu kelas, satu dorm *last year. Uuuuu, this year dia dorm bawah dengan Form5. Last year, seriously, even satu dorm, satu rumah, satu kelas, satu apalagi? aku takla rapat sangat dengan dia :3 She got 8A in PMR, same goes with me. So, naik form4, satu kelas thats isssssssssssssssssss 4 RAJIN .________. Dia cakap dia chup nak dok sebelah aku dalam kelas nanti. Aku okayy jee ^-^ Masuk kelas, huhhh, pi chupp dekat tengah-tengah kelas, nak duduk bawah kipas *demand gilaaa -,-.  First impression dalam kelas sebelah dia, malas doe dia ni *heee, sorry pa'ain. Lupaaa, people called her, pa'ain, shortform sikitttt. Lama-lama dah satu kepala la kami dua ni haa. Everytime lepas balik bermalam, prep malam tu yang sepatutnya siapkan homework yang tak siap, dah macam burn ja bila start sembang dengan dia. luls~ Hari-hari selalu ajak aku pi kantin, makan nasi, dia kata kalau pi koop, duit habis banyak. Hobi dia dalam kelas, kalau cikgu tak masuk memang tidooo laa, tak pun tulis fanfic dia tuu. Favourite dia tido time sejarah, lepas tu bila cikgu mention nama dia, baru lah nak buat muka bagai :P ayat bila ngantuk sangat " Alia, kalau aku ngantuk, cubit aku ka tampaq aku ka naaa". Rahsia aku banyak ja aku bagitau diaa. Dia lah yang dok tadah telinga bila aku start cerita. For me, she is the best deskie. Baik sangat dia ni. Sorrylah, kalau aku ada buat salah. Next year kita dah tak sekelas dah :( Harap next year hang jangan la tido dalam kelas dah weh, insaf la pa'ain oii *aku pun sama la. Lastly, thanks for being my deskmate for this year :) 

#next year tegurlah aku kalau jumpa




Friday 9 November 2012


Assalamualaikum.
Hohoo. Selamat Pagi. Anyway, hari ni aku ada nak story sikit pasal the past yang berlaku dekat sekolah dalm masa 2 minggu sebelum cuti holiday panjang ni laa. 

Tau takk, rutin harian budak sekolah aku but aku rasa semua SBP lepas habis exam baca buku, tidur, makan, baca buku, tidur, merayau. Ulang yang tu jaa tiap2 hari, dengan cikgu tak masuk, lagi la kan. Aku pun termasuk jugak la dikalangan manusia diatas ni >_<

First sekali, balik ahad tu, F3,4,5 ja yang ada dekat asrama. F1,2 tak payah balik lagi, cos of sekolah jadi tuan rumah Ganbarou Nihongu SBP Zon Utara (Utara). Anddddddddddd, I feel so happy, because it easy for me to jaga my dorm jangann bagi sepah bagai -,,-F1,2 balik selasa. Actually, selasa malam ada jamuan rumah, but, cancelllll. Then, kata hari khamis, and last kata hari sabtu malam, nasib jadi jugakk. Aigoo -.- malam tu makan Laksa Siam *mybe lah, air koktel. Luls~ Cikgu Ridzuan is the ONLY cikgu yang datang for this jamuan. 



haiyaa -,- sorry la kualiti gambar memang hancusssss. Nanti aku ambik gambar kat Pidot Azmi. Btw, this the overall Gamma members, aku tiada dalam gambar cos tengah tangkap gambar ni.










kiri kanan aku ni junior akuu, mereka F2, buttt tinggi daripada aku, dalam gambar ni aku suruh depa rendahkan diri sikit, bagi sama dengan aku, muehehe .__________. mereka ni lah yang banyak menceriakan aku malam tu.









Me with Akma buli budak ni, Husnaaaaaaaaaaaaa.










Beberapa orang budak Form1 ._______.







thats all untuk jamuan later, aku story laen. Tak dilupakan, time Jamuan Akhir tahun, Gamma dapat Anugerah Kokurikulum. Congrates to Lamda sebab dapat Overall Champion >< 



Friday 26 October 2012

Percakapan


"perbuatan mencarut itu ialah satu perbuatan kasar, perbuatan kasar itu balasannya ialah neraka "

Dengan itu marilah kita sama-sama jaga percakapan kita. Mungkin tanpa kita sedar dalam perbualan harian kita banyak menggunakan perkataan yang ,mencarut.



Thursday 4 October 2012

In the name of Allah, the most merciful and powerfull indeed.

18 September 2012
 Lisan Arabbbbbbbb! Dengan aku orang third. Ye la kan huruf A mesti berada di hadapan. Tak yah bajet aku sorang cuak la en, orang lain pun sama je. That day, buat lisan arab dekat library. Lisan Arab tu aku dapat pasal makanan tradisional. Aku hentam je la. And hari tu, time kafa weekend, ustaz ada tunjuk markah ujian lisan. Aku dapat 15/15. Alhamdulillah. Ramai je yang dapat full mark.

19,20,21 September 2012
Form 4 punya kem tahun ni dekat D'Puncak Bris Resort, Sik, Kedah ^_^ Jauh kot dari sekolah, siap musafir lagi. Aktiviti kat sana like water confident, jungle trekking, buat rakit, naik rakit and etc. Water confident best. First time kot. Hari buat rakit tu memang the best moment la kan. Boys tebang buluh and buat rakit. Girls buat pendayung. Makan nasi dalam hutan dalam keadaan hujan. Boys bertungkus lumus siapkan rakit. Havoc .____. Time naik rakit tu, separate aa boys girls. Ada dua stesen, aku naik rakit untuk stesen yang kedua. Team rakit aku, mareen, fatin, mimie, wan, atirah, ainin, aku, and athirah. One in a lifetime weh. Bukan senang nak naik rakit, yang , macam nak tenggelam pun ada. Alhamdulillah, group aku selamat sampai. Expression budak laki pasal dayung tu macam ;

"Oih, hampa ikat dayung tu macam pa lagi, kayuh sikit dah tercabut satu, satu."

Actually, I have nothing to say. Picture pun tak dak. Tak bawak kamera. Ada satu ja, ambik kat kawan aku. Kem ni best sangat. Superb. 

Aku yang pakai baju kuning dengan team rakit aku :)

25 September 2012
Final Arab Pendengaran dan Bertulis ^_^ Yang ni agak susah kott. Pendengaran pasal internet. Overall arab, aku harapboleh dapat cemerlang. Doakan aku .___.

3 Oktober 2012
Hari ni aku wakil sekolah untuk olahraga daerah 1M 1S. 6 laki 6 perempuan yang pegi. Yang pegi sana, aku, Eyja, Fazeera, Aishah, Aimi, Piqah. Kay tanya aku nak masuk 400m ke 800m, then aku pilih 800m. Event tu dekat tatar. Aku ingat 4 Oct, rupanya 3 Oct dah start. Memang gelabah la en ~ Pagi tu sampai sana, acara macam dah nak start. Guess what, 6 orang kami kena masuk semua acara yang ada. Terkejutt kott. Cuba bayangkan 100m, 800m, lontar peluru, lompat jauh. Okay, dengan aku bukan sprinter. Lontar peluru aku macam tak percaya, lontaran pertama 3.41m,. Jangan gelak, aku tau tak jauh mana pun. At least bagi aku, aku berjaya membuat satu lontaran yang agak hebat untuk diri aku *hebat sangat la kann -,- Fyi, first time aku lari atas trek yang memerlukan aku untuk pakai spike. Selama ni, aku lari atas padang yang macam sawah ==' Alia, bersyukur la sikit. 

4 Oktober 2012
Hari last untuk olahraga tu, hari ni ada acara medley dan lompat jauh. Medley, aku masuk 400m. Sekolah aku, SMSAH dan 2 sekolah harian lari sekali, and sekolah aku no3. Sedih :'(  Lompat jauh, ada dua kali. Aku batal 1 dan lepas 1. Time closing ceremony, yang tunggu kat situ, aku, Eyja, Umar, Bad. Yang lain balik dulu. Team kami, perempuan, dapat naib johan keseluruhan. Johan dapat kat SMSAH. Johan overall, pun dapat kat SMSAH. For me, SMSAH deserve to get it. Bad dapat 2nd lompat jauh. Kat sana, aku ternampak Ezam Syamir, dia macam menang banyak. Aku tak tego dia pun, kalau aku tego, dia tak kenal, malu aku -,- 4 orang kami ni ha, tunggu Sir Velson ambik, then, pi tengok futsal. Tunggu sampai sekolah aku punya turn nak lawan. Lawan dengan SMSAH, seri 2-2. Aku macam kenal budak SMSAH berjersey 8, tapi aku taktau nama apa. Abaikan, aku harap nanti aku tau jugak sapa dia. Sampai sekolah, pi kelas, ambik homework semua, packing barang, balik.


Lalui hari-hari di sekolah, dengan ketiadaan air *kekadang. Segala ujian dan cabaran, cuba aku tempuhi dengan tenang tanpa gelabah. Itulah hidup. Allah masih sayangkan aku, sebab tu Allah bagi ujian dekat aku. Semoga aku tabah dan sabar dengan setiap ujian yang diberikan. Thanks buat kawan-kawan aku yang sentiasa bagi semangat kat aku dan ingatkan aku dengan Allah ._____.



Saturday 15 September 2012



wee~ tengok. Aku dapat hamper kot. Unexpected. Ni hamper cabutan bertuah, time hari penutupan minggu kemerdekaan. Aku masuk buat kad raya, tapi tak menang. Aku memang tak expect langsung nak dapat, ye la kan, cabutan tu ada nama semua student kot. 4 yang paling bertuah akan dapat. Mula2, budak form1 perempuan dengan DM dapat. Aku cakap la dekat kawan aku macam ni ;

"perasan dak, yang dapat hamper tu, duadua muka baik. Kita ni layak ka nak dapat?"

tetiba cikgu Aishah cakap ;

"Form4 jugakk yang dapat, tapi perempuan, nama dia mula dengan huruf A.
iaitu, Alia Suraya binti Zamre"

Sebelum cikgu sebut nama aku tu, memang aku tak bayang aku yang dapat, sebab form4 ramai ja yang nama start dengan huruf A. Rezeki hari lahir aku hari tu, hee ._____.


In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.

At lastttt, balik jugakk. 3 week kat sekolah, mengharungi segala cabaran dan dugaan, dengan result exam, dengan event sekolah yang pelbagai, memang busy la kannn. okay, aku buat terok -,- Dengan air kekadang takdak, eh, pastu tengok balik, ada balik. Macam pa jaa. Result full untuk UP2 dah dapat, cuma rank dalam batch tak pasti, sebab ada pembetulan. luls~dalam tu tulis Bio aku FAIL. Padahal tak pun, overall result ; 

BM  A+
BI  A
MT  A-
PI  B+
SEJ  B+
CHEM  B+
ADDMATH  B
BIO  C
PHY  C

ye, aku tau result aku bukan lawa mana pun. Last but not least, doakan aku berjaya .____.

8 September 2012

On that day, ada jamuan hari raya peringkat sekolah, buat dekat Dewan Bitara. Pengawas percubaan dan badar form4 yang kena uruskan event ni. Meriah jugakk, coz of setiap rumah kena hias meja rumah sendiri.
Meja Gamma, Aina yang kena uruskan. Rumah aku kena served mee kari. Ada macam-macam makanan lagi kat rumah lain, laksa, sate, ketupat, bihun sup, pasembor and etc. By the end event tu ada pengumuman rumah mana yang menang hiasan meja, that is Alpha. Malam sebelum tu, memang kami, form4 Gamma bertungkus lumus habis aa kann nak siapkan hiasan tu. Tapi apakan daya, kami tak menang pun untuk hiasan meja. Aku malas nak describe banyak2 pasal event raya tu  ^____^  Aku bawak kamera, but during the event kamera tu tak dak kat aku pun, kekadang ja ada, Firdaus Azmi yang rajin sangat nak pi snap gambar orang. Kualiti gambar memang tk elok ah. Tengok la gambar kat bawah ni ;










Friday 24 August 2012

A week before holiday


In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.

Hari ni aku dah nak balik ke sekolah yang TERsayang, KUPSiS. Uuuu, banyak sangat benda yang terjadi, banyak sangat benda yang aku nak cerita, disebabkan tak ada masa dan aku malas, semua tu terkubur macam tu je -,- btw, aku just nak cerita pasal minggu lepas, one week before cuti raya.

Ahad 12082012
Assembly hari tu dekat School Piazza ada perasmian Sambutan Kemerdekaan. Aku tak terlibat apa pun. Lepas principal dah rasmi semua, bila pengerusi majlis cakap, boleh masuk kelas, suddenly, cikgu apa tah cakap, kena gathered balik kat School Piazza sebab ada Cikgu Hatyaiwittayalai 2 School, Thailand, nak tengok perasmian. luls~bila dah sampai, kena dengar ucapan principal balik. Then, panggil wakil sekolah tu, bagi Ucapan. Dia cakap, Sawadekrabb. Pastu, speaking lah english. But then, orang tak faham, because cara dia cakap english tu macam lain sikit. Buat-buat dengar sudaa ==' Malam, after prep, ambik moreh semua, masuk hostel, orang cakap, AIR tak ada. Semua macam, alahhh. Aku pun sama je la. 


Isnin 13082012
Pagi-pagi buta around 4.30. bedmate aku gerak cakap air tak ada lagi, dia ajak aku mandi siap-siap kat sekolah. Aku ;

"Awai lagi kotttt."

Nak taknak, kena jugak, nanti ramai orang, aku yang lambat -,- Rasanya, pagi tu aku mandi dekat toilet laki dekat makmal. Aku kira apa, redah je aa. Lepas mandi semua, apa lagi, DM menunggu, sahur lahh. After sahur, naik dorm, sembang-sembang kejap, then, tido balik -..- tak dak makna aku mandi awal. hampeh ~

Hari ni Exam Bahasa Arab Trial SBP punyaa. ambik hangg. Ustazah tanya nak buat exam kat bilik mesyuarat ka. Of coz laa, kami cakap nakk. Wuuu~ sapa tak nakk kann. Hari ni trial Arab lisan. Aku harap aku boleh excel yang ni. Tengah hari, after solat Zohor, ada tadarus Al-Quran. Aku tak pi, escape. Bersebab kott. Aku escape sebab aku masuk pertandingan buat kad raya. Aku, Pa'ain , Run masuk. Aku macam tak buat apa sangat. Dengan aku tak kreatif en. Jiran sebelah time buat kad raya, asyik menghendap apa yang kami buat. ishishish. Petang, habis buat kad raya around 5 petang, nak masuk asrama, tengok ada dah yang keluar ke sekolah untuk mandi. Tengah berjalan dengan tenang, sedang menerima hakikat bahawa air tak ada lagi. Orang cakap;
" Air dan Elektrik tak dak"

Aku;
"Untunglaa, dua-dua tak ada. Memang best pun kan.'

Masuk DM ambil nasi, haish, nasib baik la, makan hidang. Kalau takk beratur la dalam gelap. Tetiba Cikgu Talib, our Hem datang with his car. Dia parking kereta dengan lampu kereta depan menyala depan pintu DM. Uuu, time tu dalam pukul 7.15 malam kott. Then, cikgu ambik kereta cikgu Aida and Cikgu Wani parking depan Dm sambil lampu kereta menyala. Okay, aku ingat buat apa, rupa-rupanya, cikgu buat macam tu, sebab tak bagi kami semua makan dalam gelap. Sayang Cikgu, Terima Kasih Cikgu. Dalam DM pakcik Dm pasang lilin kat setiap meja. Malam tu,

 Iftar Candle Car Light Dinner.

Lepas maghrib, cikgu Talib bagi sedikit ucapan. Cakap kalau tak ada elektrik sampai esok, esok pi sekolah pakai baju oren dengan track atau slack. Semua macam "Yiippieee!'. Terawih semua siap dekat surau, balik asrama, sampai dorm, dengan tak ada sources light langsung, aku dan bedmate aku terlena dalam keadaan gelap yang teramat. Around 10.30 malam elektrik ada, bedmate aku terjaga, aku tak. Dia iron baju sekolah dia, dan dia juga iron baju sekolah aku. Budi seorang kawan. Thanks, bedmate <3

Selasa 14082012
Pagi, pergi sahur dulu, baru mandi. Pergi sahur dengan muka bangun tido. LOL.That day, exam Arab yang bertulis dan pendengaran. Bertulis memang aku rasa tak boleh score, pendengaran macam okayy la. Overall, aku harap, lulus and dapat gred elok. Hari ni ada Majlis Berbuka Puasa atau Iftar Jama'ie .____. Petang lepas mandi semua, prefect percubaan kena gathered kat DM sebab kena tolong orang DM serve makanan. Iftar malam tu, makan special punya, lauk ayam, udang, daging, sayur, sate sorang 10 cucuk. Paling best aiskrim Cornetto kot. apa entah yang jenis walls tu. Lepas iftar HEM cakap esok boleh pakai baju oren terus dengan slack, sebab dia tau yang ramai tak basuh baju sebab tak ada air. muehehe, nasib faham. Malam, tak ada prep sebab kena kemas asrama. Esok nak balik, wee~

Rabu 15082012
As usual, macam dah jadi rutin harian, bangun awal, sahur, then mandi. Aku rasa sepanjang air tak ada ni, aku banyak mandi kat toilet laki sebab budak perempuan selalu serbu toilet perempuan dulu. Tu pun kat toilet laki ramai budak perempuan. Laki mandi lambat. Perempuan suka mandi awal. So, redah toilet laki la jawabnya. Today ada Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan .______. BADAR form4 handle dibantu oleh badar form lain dan BUDAIR. Gimik penutupan stylee. Ada video yang Badar form4 buat video raya rasanya. Video salam perantauan from alumni. Cabutan bertuah kepada yang bertuah. Video program sepanjang bulan puasa. Geng nasyid form4 nyanyi lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda, geng marhaban bermarhaban. Tahniah geng marhaban dapat lawan marhaban dekat Dataran Merdeka tu sampai separuh akhir, nasyid sampai suku akhir ja. Penyampaian zakat, salam lebaran. Semua habis, boleh balikk, yayy ! aku rasa ni lah, Penutupan Ihya' Ramadhan yang best, superb, tahniah BADAR form4 ^-^


Gambar tak dak, sebab aku tak bawak camera. Uuu, sepanjang puasa tahun ni, aku sempat buat Qiammullail sekali ja. Al-Quran tahun ni aku baca tak sempat habis, sikit sangat aku baca. Ramadhan kali ni sungguh bermakna. Alhamdulillah. Semoga kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan akan datang .____.

Sebagai penutup;





Wednesday 22 August 2012

Journal oh journal

Disebabkan aku keblank-ngan nak buat journal tu, aku pun call lah bedmate aku ;

Ifah : Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam, ifahh. Ada no. Pa'ain dak?
Ifah : Ada kott.
Aku : Ada? Nanti mesejkan aku no diaa.

Then, bila dah dapat no si Pa'ain tu, ada dua no. 1 no tu memang tak pakai la kot. So, aku call no yang lagi satu. But, no one answered. pastu, tetiba mesej masuk ;

Pa'ain : Salam, boleh bagi tau no sapa ni?
Aku : Err, ni Farhain eh?
Pa'ain : Ooo, kawan farhain ke ni. Dia masih beradu semalam jadi guard.
Aku : Err, ni mak dia ke?
Pa'ain : Ye
Aku : Erm, makcik, nanti pesan dia, cakap kawan dia cari.
Pa'ain : Okay.

Bertuah punya kawan, dah pukul 12 tengah hari, tak bangun lagii -,- haish apa nak jadi budak ni.




Friday 17 August 2012


Uuuuu. Aku dah balik bersama-sama dengan gigitan charlie =='
Bedmate aku pun kena. Kesian kami. Sobsob )': *alia. orang lain pun kena okayy. takpayah nak buat terokk sangat.

Dear charlie, I know you gonna miss me and my bedmate. So that's whylah you gave us your lovely bite =='







Friday 20 July 2012

Minggu Sains & Kenduri


Last week, ada minggu sains dan teknologi. Tapi, aku tak join apa pun ==' Mulanya nak join explorace, tapi dah ada orang. Tapi aku ada jugakk tolong orang buat roket air and parachute. Bukan aku ja yang tolong ramai lagi dalam 4,5 orang tolong Adeeb buat roket. Usaha kami semua buat roket malam sebelum nak lawan tu, membuahkan hasil. Dua-dua dpat top3. Alhamdulillah. 





Lepas settle launch roket semua, aku pi tempat masak pulak. Hari tu ada kenduri kesyukuran yang dapat baiah tu. Kenduri tu sembelih lembu sekor, tapi tak sembelih kat sekolah la --' kat sekolah just masak daging tu. Yang tu aku join, yang terlibat hanyalah form4. Aku potong daging kot. Cikgu cakap, potong daging tu perpendicular line kalau tak mau bagi liat. Banyak  experience baru  kot time tu. Best. 

Principal dan PK HEM


Sports Day

Assalamualaikum.

Well Hello there. Today, nak cakap pasal Sports Day yang baru buat 3 minggu lepas. Okay, sukan this year, aku agak macam tak gempak, padahal memang tak gempak mana pun -,- As usal sukan selalu sangat buat time musin hujan. Bila buat time hujan ni, faham-faham ja lahh, lari rasa macam lari dalam sawah ==' Untung ah, kat sekolah mana yang ada trek lari tu. This year punya tema cartoon. 


Alpha:Circus, Beta:Alice in Wonderland, Delta:Power Puff Girl, Gamma:Spongebob, Lamda:Shrek, Sigma:One Piece



Macam aku cakap hari tu, aku kena handle banner dengan Hanif. Tapi banner tu bukan aku yang lukis, aku just sumbang idea, tu pun sikit and ada la aku warna sikit banner tu.


no one can bring us down

This year, aku masuk 3 acara, 800m, 3000m dan 4x400m. Alhamdulillah, semua dapat medal, 4x400m, 3000m dapat perak, 800m gangsa. Aku tersangatlah tak percaya yang aku masuk 3000m bersamaan dengan 7 pusingan padang. 3000m tu acara terbuka. Yang paling tak tahan, aku tak sangka aku dapat constantkan diri aku ni time lari, aku tak jalan kot, jogging all the time, for the last 100m baru lah  pecut. Dengan padang lecah tahap, lari macam lari dalam sawah -,- memang best pun kan. Dugaan memang banyak la kan. Physco memang banyak, tapi aku buat tak heran ja. Yang aku tau, aku akan cuba buat yang terbaik untuk rumah aku. 800m, aku dah aplikasikan segala apa yang diajar oleh kawan aku dan ternyata membuahkan hasil even no3. Thanks, kawan ^-^ 4x400m, aku, akma, eyja and kak dayana. Aku first runner. 2 tahun berturut-turut rumah aku pegang emas untuk acara ni, tapi this year tak dapat.

Hari last sukan, pagi tu, memang kalut nak buat preparation khemah. malam sebelum tu nak buat tapi hujan. Khemah memang hancusssss! On that day, acara yang target nak boleh dapat emas, semuanya hancur berkecai. 4x100 yang dah pegang emas 2 tahun berturut-turut, dapat no.5. Malu gila. Dah ah cikgu siap mention lagi before acara 4x100m:

"Adakah rumah Gamma akan mengekalkan emas yang telah dipegang selama dua tahun-berturut?"

Last aku join acara tu time aku form2. Sapa tak malu wey. Seriously, aku nak join acara tu, tapi apakan daya. Bukan nak kata aku hebat atau apa. Tapi, terbukti bila cikgu sendiri cakap, spoil dekat runner ****.Runner yang sama spoil kan acara 4x400 and 400m. Aku memang dah agak, even tak mau bagi acara tu kat aku, bagi la kat orang lain yang lebih layak. Terharu wey, bila the same people doing the same mistake. Manusia memang sentiasa buat kesalahan. Nobody perfect. Tapi, at least, kita try cari yang terbaik, bukan main letak nama ja. Okay, dah, mungkin semua ni ada hikmah, aku yang terlebih emo pasal ni. Tak dak rezeki nak buat macam mana. 

Overall, Gamma dapat placing lastttttttttttttttttttttt. ulang sekali lagi, lasttttttttttttttttt. 6/6. Semua tak dapat, perbarisan, khemah, maskot. Beta dapat no 1 overall. Tahniah! Lamda johan sukantara. Perbarisan dan khemah dapat kat Alpha. Maskot dapat kat Delta.


with the form four Gamma 

Semua ni akan diambil sebagai pengajaran dan aku harap lepas ni kita(ahli Gamma) akan bersama-sama untuk naikkan semula nama Gamma  Apa-apapun, terima kasih dekat junior, senior sebab sudi tolong and bagi kerjasama kat form4 handle sukan kali ni. even kita dapat placing last, kita still happy together. Next year punya sukan kita tebus balik kekalahan tahun ni. Once Gamma, always Gamma. 


Forever Gamma
2 silver 1 bronze. Alhamdulillah.





Friday 29 June 2012


I just bought new sport shoes. 
and guess what? 

kasut tu besar sikit dari kaki aku ==' hampeh gilaa.
pasrah je lah, beli beli dah. kena pakai jugak.





Assalamualaikum.

aku nak cerita pasal benda yang jadi kat sekolah selama lebih kurang 3 minggu, lepas cuti sekolah hari tu.

1. Pergi surau for maghrib, ada kipas dinding yang baru, besar kot. haha, semua kipas yang ada dalam surau 47 kot. aku dah kira. Kenapa tak pasang aircond ja? sebab nnti kena tukaq pintu tingkap segala bagai.

2. Time assembly hari ahad, pengetua cakap, SM SAINS KUBANG PASU, telah tercalon sebagai SBT untuk cohort yang ketiga. then, pengetua cakap, yang sekolah kami dapat baiah, yang time nadzir mai hari tu. alhamdulillah. Aku harap semoga sekolah aku, boleh terus cemerlang and get the title High Performance School.


3. Jumaat, Sabtu, and Ahad ada Festival Form 5. meriah jugak, tahun ni buat dekat Hostel Piazza. yang macam tak best, sebab depa tak guna khemah, form5 just guna laluan nak pi sekolah. Ahad, cuti Israk Mikraj.


4. Ahad malam Isnin, around 12 malam, ada orang ketuk dorm aku. disebabkan pintu dorm aku kunci. so, ada yang bagi salam.

pqah : assalamualaikum, Kak Alia. Ada orang nak jumpa.
aku : Waalaikumussalam. Sapa ? (adik dorm aku bukak pintu)
pqah : the outsider want to see you.
aku : Sapa la yang nak jumpa.
pqah : Entah, kakak kak alia kot.
aku : Sejak bila la kakak aku mai sini tah, siap naik dorm bagai.(sambil jalan keluar dorm)

elok, aku keluar dorm, nampak macam orang yang aku kenal wearing baju batch form4 Saina. you know who? Shufa Shareena. My fb friend. Serious terkejut gilaa. Speechless. Tetiba dia sua kentang KFC kat aku, aku pun ambik laa. Then, sembang-sembang depan pintu. Rupanya dia baru balik dari Kem Projek Khas kat Port Dickson kott. Disebabkan sampai lambat, Sainarian tidor sekolah aku dulu. Esok pagi baru balik. Sembang lama jugakk. pastu, dia mintak izin nak pi tidor. Aku cakap esok jumpa laen before balik.
Esok tu, dan jumpa kat hostel, tapi kat sekolah takdan, sebab aku ada kelas pagi tu, so, dia pass keychain dekat aku. Thanks, Shufa :)

5. Hari apa tah, dah tau result full. Fuhh! cuak bhaii -,- okay, nak tau result aku. Before tu nak cakap, result aku tak gempak mana punn. 2A 3A- 2C 1D 1E. Alhamdulillah, setakat ni tak wujud lagi failed. Ranking batch 63/198.


6. Hari Jumaat, outing. Outing dengan Afifah, Akma, and Run. uuu, target outing, makan Pizza Hut yang baru tu. Pizza Stik Ayam. sedap ooiii. 


7. Disebabkan hari sukan hampir berkunjung tiba, maka tidak sah sekiranya tidak ada perjumpaan rumah. Rumah Gamma buat jugakk, abg Afiq and kak Alia ada nak buat pembahagian tugas kat form 4, sebab sukan ni form4 yang handle. aku dapat jadi AJK Banner dengan Hanif ==' dengan aku tak pernah cakap dengan dia(kot la). Suka hati ja bagi aku AJK tu. terima ja laa. On that day, aku ada debat dengan si DEBATER sekolah, Firdaus, pasal tema rumah. Macam nak je aku tembak dia, tau ah debater pun. Sapa la kan aku ni kann kalau nak dibandingkan dengan si Firdaus tu. Tema pilihan ialah Marsupilami -,- , Spongebob and Telutubbies. At the end, Spongebob menang.


8. Hari Selasa and Rabu ada sukantara. This year punya sukantara, lompat jauh tak dak. Seriously, aku nak lompat jauh. tak mau ada lontar peluru. First day, rumah aku buat lontar peluru. As usual, tak dapat pun. Bola tu pun berat gila bapakk, tau la aku ni gagah pun en ==' . Rabu, 100m pulak. ni lari by House and by form. gelabah gila time nak lari. nasib baik aku dapat line first. dengan penuh semangat aku berlari, sambil mulut aku terkumat kamit membaca doa. At last, sampai garisan penamat before bunyi benda alah tu. aku dapat 2 point wey. macam tak percaya. Alhamdulillah ^_^


That's all untuk 3 minggu yang tak balik. Balik ni ada sukan pulakk, nantikan post pasal sukan :)










Thursday 28 June 2012



Video pencalonan anugerah untuk Magical Night.