Monday, 4 March 2013

Merentas Desa 2013


Assalamualaikum. Good evening :O Okay, SPM tinggal lagi 25+ koooooooooooooooooooooot. Cuaaaksss. Form 4 punya subject pun tak master lagi. haih O.o form5 punya pun macam terkontang kanting lagi, dengan next week nak exam kaan. UP1, the starter. whoaaaaa! Actually, aku baru sudah buat folio BM, so, dengan itu sengaja aku nak update sikit blog ni setelah sekian lama tak di update. Btw, aku dekat rumah cuti sampai Selasa. WHYYYYYYYY? Sekolah aku jadi tuan rumah penginapan Wind Orchestra, jadi dapat cuti lebih dan jangan risau cuti tu akan diganti tak lama lagi. 

Life as fivers memang sangat BUSYYY. Even baru awal tahun pun dah start kelas dah, weekend pagi memang burn. After balik ni, prep petang pulak burn utk kelas tambahan. Serious penat weh. Tapi semua tu untuk bagi dapat semua ilmu, master semua subjek and dapat kejayaaan yang cemerlang, gemilang, terbilang.  Bersabarlah Valiant, insyaAllah apa yang kita korbankan ni akan membuahkan hasil berkat daripada usaha kita dan doa daripada semua orang. Amiin.

Macam dekat title kat atas, Merentas Desa peringkat sekolah, 16 Februari 2013. Semua semangat, sebab before this memang ada latihan rumah lah, apalah. Aku pun memang semangat gilaa, target aku nak TOP10. Nak bagi dapat top10 dalam merentas desa yang terakhir kat sekolah ni. Tapi apakan daya, mungkin usaha aku tak cukup untuk nak dapat top10 dan aku hanya mampu dapat top20. Aku dah cuba nak buat yang terbaik, tapi mungkin rezeki aku sampai disitu saja. Its okay Alia, jangan risau, Allah have a better plan for you :) percayalah.

Gammarian, even kita kalah untuk merentas desa kali ni, tak bermaksud kita tak boleh menang untuk event yang lain. No.4 tak cukup untuk kita rasa selesa dengan kedudukan kita. Yang penting dalam semua ni, usaha, kerjasama, semangat dan doa. InsyaAllah, kita akan kembali bangun untuk membangkitkan semula kegemilangan rumah Gamma. Please, hormat kr hanif dan pkr akma, hargailah apa yang mereka cuba buat untuk rumah. Peace >_<






Sekian :D



Sunday, 3 March 2013

Jangan harap redha manusia

In the name of Allah, the most merciful and powerfull indeed.

Jangan harap redha manusia. Yess, memang betul, kita hidup ni, jangan harap redha manusia, apa yang aku maksudkan ialah, tengok la, manusia ni kalau kita buat jahat, orang tak suka, bila kita buat baik, orang kata meluat, bajet baik lah apalaah. Seriously, manusia suka cari kesalahan orang. Buat baik salah, buat jahat salah, then nak buat apa? Contoh kalau kita tegur orang cara baik, then, response yang kita dapat, orang kata kita bajet bagus sangat ah, habis perfect ah tu nak tegur orang kan. Kalau kita tegur cara kasar, responsenya, tolong ah tegur elok-elok, tak payah nak buat cara kurang ajar sangat nak tegur orang tu. See? Ada ja yang orang tak puas hati dengan kita kaan.

YES. Everyone imperfect. Actually, ramai orang yang tak puas hati dengan kita. Apa yang kita buat semua salah depan mata mereka. Kalau buat salah, mestilah salah, but the thing is, kalau buat baik pun still ada yang mengata macam mana. Perkara pertama yang kita kena fikir ialah pandangan Allah terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan Allah. Biarlah orang nak cakap apa dekat kita bila kita buat baik, yang pasti kita kena sabar, ingat Allah. Biarlah orang nak hina, maki, caci bagai, asalkan kita buat amanah kita dengan baik. For sure, kita takkan boleh tutup mulut orang sampailah dia mati. Jadi, bersabarlah. Allah sentiasa ada untuk orang yang bersabar :)