Saturday, 3 May 2014

Educamp UTP 2014 January Intake

In the name of Allah the Most Merciful and Powefull Indeed.

Assalamualaikum *-*

Previous post aku ada ckp yang nak post pasal EDUCAMP UTP yang dihadiri oleh aku dan beribu lagi. eh. Lebih kurangla. Dan yang teramat pasti ialah post ni akan menjadi post yang agak panjang, sebab mmg akan panjang -_- kalau tak suka boleh click X di hujung kanan atas.Okayyy! 

First of all, aku memang apply UTP walaupun tak cukup qualification yang dia nak that is 6A above mcm tu lah. Disebabkan time UTP ni bukak application untuk January intake ni aku masih di hostel KUPSIS maka dengan itu kaunselor yang tolong uruskan semua. Not at all, sikit ja mcm pos kan borang semua tu. Cg. Safina ada briefing sikit pasal course yang ada and aku mcm tertarik nak mintak walaupun tak layak mcm dikatakan. Lepastu, bagi nama kat cikgu and etc. Actually my batch tak ramai pun yang mintak, rasanya around 30 je kot. Kot la. And girls yang apply rasanya 11 orang kot. Lebih kurang *lupa. And satu malam pergi Lab ICT untuk isi online application. Banyak gila kena isi -,-' but its okay. Demi perjuangan untuk memohon UTP. hambar okay hambar. After all, kena submit sijil blablabla and slip trial. 

After all, lebih kurang lepas habis SPM macam tu, dah boleh check whether dapat ke tak interview educamp tu. Memang lupdup jugak la nak check en walaupun sekadar interview -,- lepas check aku dapat 15 Disember 2013. And then bila bukak fb semua ada yang dapat 16, and 14. And mostly budak batch aku dapat 14 Dis. sadlife betul takda gang en T.T Ada tanya kak Zaty about this educamp and dia ckp dia susun tarikh tu ikut negeri. Selalunya pantai timur dengan utara dapat first day mcm tu. Aku utara dan masalahnya aku tercampak dengan bebudak selatan mcm tu -_-

So, that day pendaftaran selalunya awal pagi around 8 pg kot. Dia ada tulis dkt surat tawaran. Jangan risau, but kalau ada impian nak dapat group awal memang kena datang awal sebab nnti memang ramai gilaaa. Serious. Macam aku pun kan, aku dh line up dkt chancellor hall tu pkul 6.45. Tu pun dah mcm ramai dah. Okay, aku yang boleh sampai awal ni, sebab aku tk tidur memana homestay ke apa ke, tak pun. Jalan jammed semua, singgah rumah cousin semua, around 4 pg mcm tu aku smpai UTP. Sesampai ronda dulu dalam tu walau tkda org. hehe XD Lepastu, lepak dekat area masjid, tidur semua kejap, lepastu take a bath dkt masjid je. Subuh jemaah kat sana. itu yang boleh line up awal tu. Tapi jangan risau, sebab UTP ada bagi list homestay dgn hotel yg terdekat dgn utp.

Line up awal, tapi pendaftaran mana bukak lagi pun. And for sure lelaki memang ramai. Tunggu punya tunggu, lepastu ada kakak tu bagi each of us no dengan group. Aku dapat A064. Fuhh, nasib baik group first.  Dia ada A, B, C, D, E. Memang banyak. Lepastu, pendaftaran semua, masuk chancellor hall. Ya Allah, memang amazing sangat. Library dia memang the best aa.Ada briefing sikit. Then, group A naik bas dulu gerak ke blok mana tah. Dekat sana, kita akan dibahagikan kepada group. Satu group 5 org. And mostly mesti 3 lelaki 2 perempuan. But my group 3 perempuan 2 lelaki. Aku group dengan 2 budak Selangor 2 Johor. Aku kedah alonee. Haha. Group aku ada aku*semestinya -_-, Hajar(mdjiwa), Shaz, Ikmal dengan Syamil(asis). Dalam group each of us akan dapat case study yang lain lain. Tapi topik utama dia sama ja. Macam group A yang besar ni semua dapat tajuk World Wide Web. Lepastu each of us dalam group ambik kertas dgn soalan yang berbeza. Soalan aku, aku ingat lagi pasal kerajaan patut banned ke dak internet ni dulu utk improvekan security camtu. Lepastu setiap orang masuk bilik interviewer, yang ni utk interview alone. Jangan gelabah, keep calm and smile always. sebelum masuk bagi salam semua, then duduk dengan sopan, jangan terkangkang pulak hehe. Soalan aku yang dia tnya tell me about urself, course apa yang aku nak, lepastu bagaimana course tu boleh contribute utk pembangunan negara. Itu sahaja, lepastu keluar. Tunggu satu group habis lepastu masuk satu group utk group discussion. Tonjoolkan diri dalam group discussion ni, jangan diam ja. Group aku punya lama jugak and then bila habis keluar dengan perasaan tenang haha lalu pergi lunch dekat area masjid utp.

Lunch dia sedap gila haha. Habis lunch dengan solat group A naik bas balik pergi blok dekat area chancellor hall untuk ujian personaliti, Ujian tu senang ja, cuma kekadang soalan sama, bila soalan sama jawab jawapan yang sama. Tak lupa ujian tu ada timing tau bukak boleh sukahati nak jawab sehari suntuk ke apa. Tapi jangan risau sempat ja. Dah habis gather balik group A naik bas pi masjid balik. Maka dengan itu selesailah educamp UTP untuk jan intake.

*maaf diatas kekurangan dalam post ni, fyi, aku buat post ni separuh dalam bulan 3 dan separuh lagi baru hari ni awal bulan 5 -_-












No comments:

Post a Comment